Nak percaya tak?
Tuesday, April 22nd, 2008Kalau cerita, mesti orang tak nak percaya. Dulu, sebelum mengalami kejadian macam ni pun aku tak percaya. Masa kat sekolah ramai-ramai kena hysteria pun aku tak caya… aku rasa mcm diorang tu fake things up sbb mls nak dgr cikgu ngajar. Lagipun, kenapa benda tu tak jadi bila aku ada kat situ? Not even to any of my classmate dari Darjah 1 sampai la habis Form 5. yang kena sume class lain.
Pada sesiapa yang tak percaya dengan perbuatan sihir ni… hati-hatilah. Sbb kita tak tau capability seseorang tu. Kadang-kadang manusia yang berkawan dgn syaitan ni, nampak baik sangat… Wallahua’lam la.. tu antara dia dengan Allah S.W.T. There’s someone I once knew so dearly, boleh dikatakan ada hubungan keluarga. Solat 5 waktu mmg tak tinggal, on time sentiasa. Mengaji memang merdu, he used to teach the neighborhood kids mengaji Al-Quran. That was before the whole neighborhood pulaukan family dia (I heard). Tapi, memang orang yang berpengalaman dlm perubatan alternative pernah bagitau, biasanya orang yang nak berkawan dgn syaitan ni, dia biasanya tak boleh tinggalkan ibadah solat, mungkin sbg pendinding diri sendiri Wallahua’lam…
Zaman sekarang ni memang moden, high tech, canggih, tapi manusia skrg mcm dah balik kepada method asal zaman jahiliah atau zaman purbakala dulu. Tengok sajalah kes-kes pukau untuk menyamun mangsa. Dah berapa banyak kes yang kita tengok di tv atau baca di akhbar. Kalau membunuh guna pistol atau senjata lain boleh dikesan oleh ‘CSI’, tp membunuh org menggunakan sihir, tiada bukti ataupun klausa dlm undang-undang yang boleh menyabitkan. Pembunuh ni ingat dia boleh terlepas, di dunia mmg terlepas… di akhirat nanti… Wallahua’lam….
Bulan lepas, a distant cousin of mine baru sahaja meninggal dunia. Sebelum tu dia habiskan masa 2 minggu terlantar di hospital tempat dia bekerja sbg seorang jururawat. Selama 2 minggu tu la mcm-mcm ujian doctor jalankan ke atas dia. Tiada sebarang penyakit pun yg doctor berjaya kesan. Not even dengue fever… sampai the last resort, doctor mintak kebenaran dia untuk buat lumbar puncture atau org melayu panggil amik air tulang belakang untuk kesan sebarang penyakit saraf, walaupun doctor tau dia takde sebrg tanda org yg ada penyakit saraf. Sepanjang berada kat hospital, arwah tak boleh makan, minum, cakap pun dua tiga patah perkataan shj, berjalan pun nak dipapah. Keadaan teruk mcm ni pun takde penyakit simple yang boleh dikesan tanpa lumbar puncture?
My uncle whom was dead almost 4 years ago, he was diagnosed with liver cancer la, lung cancer la. Tp lepas chemotherapy, doctor mintak maaf la pulak because it was a faulty decision. Sebenarnya arwah takde pun cancer-cancer tu. Tp dia batuk-batuk gak. Sakit dlm perut… those king of thing… benda kecik-kecik yang kita selalu overlook, yang kadang-kadang doctor bagi tau kita “you’re fine. Nothing to be worried”.
My sister, masih belum dikurniakan anak setelah hampir enam tahun berkahwin. Cyst removal operation dah buat, hormone treatment dah buat, doctor pun kata she supposedly should able to conceive a baby, tp takde… but Alhamdulillah, rezeki tu Allah bg dlm apa bentuk pun, dia dpt gak ambil anak angkat yang kami sekeluarga sayang mcm darah daging kami sendiri…
My mom, since I was pregnant with Darwish, smp la Darwish was 1 year old, she had this terrible cough. Mcm-mcm ubat batuk la dah
cuba , dari benadryl sampai la ventolin, mcm-mcm antibiotic doctor dah bg, until someone introduce us to this alternative medicine practitioner. Alhamdulillah, batuk dah takde… tp ada pulak benda lain dlm badan dia yang taknak keluar… boleh kata an exorcism la… tp, takde la sampai terbang-terbang badan mcm movie exorcist tu. Cuma we get to converse with makhluk Allah yg ada dlm badan dia. So we know who sent her, what’s the purpose, how old is she (she’s more than 100 years old) the person who sent her was the same person who did the thing to my sister, to my uncle… the purpose… harta, kedengkian terhadap sesama manusia, tak boleh tengok orang lain happy and liked by other people… lagi satu, orang yang dah ada ilmu hitam ni, kalau tak amalkan boleh mkn diri dia sendiri, so benda-benda yang dia bela tu dia kena letak kat org lain la. Lepas org tu mati dia letak kat org lain lak yang ada buat hal ngan dia. Tak mau la citer byk-byk pasal org ni…
Anyway, kengkawan… kalau ada symptom batuk yang tak baik-baik, atau penyakit pelik yg doctor kata takde apa, in some cases org yg kena buatan org ni dari sihat or low blood pressure leh jadi darah tinggi, jd sebelum start mkn ubat darah tinggi tu baik cr alternative lain, bila badan tu rasa malas je, taknak jumpa orang or socialize adala tu benda yg beratkan badan tu… bagi yg berumah tangga, kalau tak semena-mena rasa benci bila tgk muka pasangan, nak marah tak pasal-pasal, tiba-tiba perangai berubah jd lain drp biasa, don’t jeopardize your marriage… kdg-kdg pihak ketiga ni, kalau dia tak dpt suami atau isteri kita cara biasa dia guna cara lain… tak salah kalau kita berhati-hati, tp kalau boleh, carilah pengamal perubatan alternative yang menggunakan ayat-ayat Allah utk mengubat. Jgn jumpa yg berkawan dgn syaitan gak, nanti lain yg jadi… InsyaAllah, kalau kita kuat semangat, benda-benda tu takkan dpt ganggu kita, tp biasanya yang kuat semangat ni org yg keras hati atau degil sikit (macam saya kot.. hehe). Sbg pendinding kita, amalkan la ayat-ayat manzil, kalau rasa lain mcm tu. Yang penting kita alert dgn diri sendiri… Wallahua’lam…